Tuesday, June 10, 2008

assalammualaikum, hai saya zul daripada Batu Pahat. kepada penanam cendawan ada berita gembira.... Di sini saya ada menjual benih cendawan yang bermutu tinggi dapat meningkatkan hasil pengeluaran cendawan dan mengurangkan kerosakkan.


Pendahuluan
Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium(K) dan Posforus(P) yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap. Selain daripada tumbuh semulajadi ,ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakan.
Cendawan hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Bentuk cendawan adalah pelbagai, tapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung.

1.PENYEDIAAN BEG CENDAWAN

Bahan/Peralatan:
Habuk Kayu Getah
Dedak Halus
Kapur Pertanian
Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)
Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)
Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat

Cara:

1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1
2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup
dengan kertas surat khabar lama dan diikat dengan getah.


2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN

Bahan/Peralatan:
Tong Drum,Set Dapur Gas

Cara:

1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.
2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
4. Kukus 5-6 jam.
5. Sejukkan sebelum disuntik benih.

3. PENYUNTIKAN BENIH

Bahan/Peralatan:
Benih Cendawan
Pencungkil Benih

1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu
besar dan tutup kembali mulut beg cendawan.
4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk
(terlindung dari cahaya matahari)
5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40
hari selepas disuntik benih).


4.MEMUNGUT HASIL

1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak
dengan cara merebahkannya.
2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari
selepas dibuka).
3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk
meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu.
4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi
berombak-ombak.
5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-
10 hari untuk dibuka kembali.

5. PENJAGAAN BEG CENDAWAN SEDIATUAI

1.Baringkan beg cendawan di tempat yang lembab dan teduh.
2.Rehatkan 7-10 hari, sambil itu siram bahagian luar beg,jika keadaan cuaca
kering an panas.
3.Setelah 7-10 hari buka penutup beg cendawan dan biarkan 2-3 hari untuk
pengeluaran hasil yang pertama. Jangan siram atau sembur air pada
cendawan-cendawan kecil yang baru tumbuh. Biarkan ia membesar sehingga
cukup mengembang (sebelum tepi cendawan berombak).
4.Petik cendawan dengan cara menarik keluar kesemua rumpun cendawan.
5.Bersihkan bahagian mulut beg cendawan dan sembur sedikit air. Tutup semula
mulut beg cendawan.
6.Rehatkan selama 10 hari dan jalankan penjagaan seperti no.2 dan seterusnya.
7.Hasil boleh dipungut sebanyak 5-6 kali bagi setiap beg cendawan.
8.Beg-beg cendawan yang hendak dibuang boleh juga dipecah-pecahkan dan
ditabur sekeliling pokok sebagai baja organan.